Resepi Malaya

Monday, May 23, 2016

Filled Under: , ,

Resepi Kuih Malaya (Apam Balik)

Apam Balik Kuih Kuih Malaya


Buat pembaca dari Brunei, Kuih Malaya juga dikenali sebagai Apam Balik di Malaysia. Kami kongsikan disini Resepi Kuih Malaya khas buat pembaca dari Brunei.

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar susu tepung
  • Sedikit pewarna kuning jika suka
  • Blenderkan sehingga sebati
  • Perap 1 jam.

Inti:

  1. Kacang tanah kisar
  2. Jagung tin
  3. Mentega
  4. Gula

Cara-caranya:

  1. Buat di atas kuali non stick jangan sapu minyak..buat macam pankek. 
  2. Tuang adunan tepung ke atas kuali acuan.
  3. Taburkan di atas apam dengan Gula, Kacang Tanah, Jagung dan sedikit Mentega.. 
  4. Inti juga boleh diubah mengikut cita rasa. (Boleh tambah coklat, kelapa parut etc)
  5. Lipat segera setelah masak

Selamat Mencuba !

 

Dapatkan Pelbagai Kategori Resepi dari Resepi Malaya

  • Jangan Terlepas Resepi Terbaru

    Daftar alamat email anda untuk menerima resepi dari kami, ianya sangat mudah.. !

    Copyright © Resepi Malaya™
    Designed by Resepi Malaya Templateism