Resepi Malaya

Friday, June 23, 2017

Filled Under: ,

Nasi Ayam Itali

Nasi Nasi Ayam Itali


Bahan-bahan

  • 2 sudu (30 mL) minyak zaitun
  • 4 ketul dada ayam
  • 1 biji red pepper
  • ¼ cawan (60 mL) tomato kering, dipotong kecil
  • 1 ½ cawan (350 mL) beras Arborio (beras Itali)
  • 3 cawan (700 mL) stok ayam
  • ¾ cawan (180 mL) Italian parsley - dipotong halus
  • garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Gunakan periuk yang besar, masak sekejap ayam dengan minyak zaitun dengan api sederhana, lebih kurang 2 ke 3 minit setiap sebelah bahagian, kemudian seasoning kan kedua-dua bahagian dengan garam dan lada hitam (secukup rasa). Ayam seharusnya bertukar warna perang-keemasan.
  2. Masukkan red pepper dan tumis sehingga ia menjadi lembut, lebih kurang 1 ke 2 minit.
  3. Masukkan tomato kering dan beras, gaulkan dengan semua bahan yang sehingga beras bertukar sedikit keperangan.
  4. Masukkan stok ayam dan biarkan sehingga mendidih, kemudian perlahankan api dan teruskan memasak sehingga nasi dan ayam masak sempurkan. Anggaran lebih kurang 25 ke 35 minit, kena tengok sentiasa dan kacau agar nasi tidak berkerak.
  5. Atau anda boleh juga bakar dengan menggunakan oven dengan suhu 385°F (195°C) lebih kurang 35 ke 40 minit, kacau setial 8 ke 10 minit agar tidak berkerak.
  6. Hidangkan diatas pinggan. Hiaskan dengan daun parsley segar, garam dan cracked pepper.

Selamat Mencuba !

 

Dapatkan Pelbagai Kategori Resepi dari Resepi Malaya

  • Jangan Terlepas Resepi Terbaru

    Daftar alamat email anda untuk menerima resepi dari kami, ianya sangat mudah.. !

    Copyright © Resepi Malaya™
    Designed by Resepi Malaya Templateism