Resepi Malaya

Friday, August 18, 2017

Filled Under:

Resepi Ayam Lemon dan Buah Zaitun

Ayam


Bahan-bahan:

  • 8 ketul ayam (bahagian drumstick) (lebih kurang 1 kg)
  • 15 mL minyak zaitun
  • ½ biji lemon, buang biji, dipotong nipis
  • 20 biji buah zaitun (hijau)
  • 1 tomato, dipatong dadu
  • 6 kelopak bawang putih, potong dua
  • 175 mL sup ayam (dalam kotak - low-sodium chicken broth)
  • 2 sudu teh oregano di racik halus
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam

Cara-caranya:

  1. Taburkan garam dan serbuk lada hitam di atas ayam. Panaskan minyak dengan api sederhana (gunakan pan yang besar); panaskan ayam hitam hingga warna keperangan kedua-dua belah, lebih kurang dalam 5 minit.
  2. Susun potongan lemon, buah zaitun, tomato dan bawang putih disekeliling ayam. Tuang sup ayam dan biar hingga mendidih. Pindahkan pan ke dalam dalam oven yang telah dipanas dengan suhu 190°C dan bakar sehingga ayam masak sepenuhnya, lebih kurang 40 minit.
  3. Taburkan oregano diatasnya
Nota: Jika tiada daun oergano, boleh gantikan dengan daun parsley.

Selamat mencuba !

 

Dapatkan Pelbagai Kategori Resepi dari Resepi Malaya

  • Jangan Terlepas Resepi Terbaru

    Daftar alamat email anda untuk menerima resepi dari kami, ianya sangat mudah.. !

    Copyright © Resepi Malaya™
    Designed by Resepi Malaya Templateism