Resepi Malaya

Wednesday, August 23, 2017

Filled Under: ,

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Sotong Sotong Goreng Kunyit


Bahan-Bahannya:

  • 5 ekor sotong
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih - dihiris nipis
  • 9 biji cili padi - diketuk
  • 1 sudu kicap lemak manis
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  1. Sotong dipotong kecil membulat, bersih & toskan.
  2. Gaul sotong dengan garam dan kunyit. Perap seketika dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak, masukan sotong yang telah diperap, kacau sebentar.
  4. Masukan bawang besar, bawang putih, cili padi, gaul rata. Masak sotong sehingga layu sedikit.
  5. Masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam, kacau rata.
  6. Masukkan kicap lemak manis, Kacau seketika. Matikan api
  7. Sotong Goreng Kunyit dah siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba !

 

Dapatkan Pelbagai Kategori Resepi dari Resepi Malaya

  • Jangan Terlepas Resepi Terbaru

    Daftar alamat email anda untuk menerima resepi dari kami, ianya sangat mudah.. !

    Copyright © Resepi Malaya™
    Designed by Resepi Malaya Templateism