Resepi Malaya

Monday, May 28, 2018

Filled Under: ,

Resepi Kuih Kerbau Guling/Kuih Hitam

Kuih Kuih Kerbau Guling


Nama kuih yang berasal dari Thailand, namanya ialah Kanom Piakpoon.

Yang uniknya kerana ada campuran tempurung bakar, letak air kemudian tapis dan masuk bancuhan. Pastu di masak di atas api sehingga likat baru tuang dalam loyang. yang telah disapu sedikit minyak ataupun alas dengan plastik tahan panas.

Bahan-bahan:

  • 250 gm tepung beras
  • 200 gm gula
  • 150 gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 3 sudu tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air 1 liter setengah (tengok kepekatanl
  • Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya sahaja&tapis, pastikan tempurung yg bersih)
  • Secubit garam

Cara-caranya:

  1. Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.
  2. Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.
  3. Sediakan bekas yang bersih. Pastikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.
  4. Sediakan kelapa parut dari kelapa muda.
  5. Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung.
  6. Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
  7. Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut.

Selamat Mencuba !

 

Dapatkan Pelbagai Kategori Resepi dari Resepi Malaya

  • Jangan Terlepas Resepi Terbaru

    Daftar alamat email anda untuk menerima resepi dari kami, ianya sangat mudah.. !

    Copyright © Resepi Malaya™
    Designed by Resepi Malaya Templateism